Cinta tidak pernah meminta, ia
sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak
pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala
kebencian membawa kepada kemusnahan.~ Mahatma Ghandi
Tuhan memberi kita dua kaki untuk
berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata
untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada
kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk
kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.
Cinta sejati adalah ketika dia mencintai
orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia
untukmu.
Jika kita mencintai seseorang, kita akan
sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
Jangan sesekali mengucapkan selamat
tinggal jika kamu masih mau mencoba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih
merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika
kamu masih tidak dapat melupakannya.
Perasaan cinta itu dimulai dari mata,
sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai
seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu Coba menutup matamu
dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan
terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.
Cinta datang kepada orang yang masih
mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih
percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai,
walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai
keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang
yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa
catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata
cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.